ERA ialah sebuah stesen radio di Malaysia dengan 4.5 juta pendengar pada 2008. ERA merupakan stesen radio milik AMP Radio Networks, anak syarikat Astro All Asia Networks dipancarkan dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Antara slot yang mempunyai jumlah pendengar yang tinggi adalah Carta ERA dan Pagi di ERA (kini dinamakan Riuh Pagi ERA).
ERA bermula secara rasminya pada 1 Ogos 1998. Lagu pertama yang diputarkan ialah dari Zainal Abidin iaitu Hijau.Kini Era FM menyiarkan lagu-lagu Hit Korea,Melayu,Indonesia dan Inggeris.
Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Kini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik".
* Klik play untuk dengar *
0 {komen}:
Post a Comment